Keruntuhan akhlak
remaja zaman ini boleh berpunca daripada salahnya cara ibu bapa mendidik mereka
daripada kecil. Jika dibesarkan dengan kurang perhatian dan kasih sayang,
anak-anak akan terbiar. Mereka lebih selesa membuat hal sendiri. Jika dengan
kekerasan, anak-anak akan suka menipu dan memberontak. Oleh itu, mereka akan
mencari rakan untuk meluahkan atau mencari hiburan bagi melepaskan tekanan yang
diterima dari pihak keluarga. Bentuk-bentuk hiburan yang menjadi kegemaran
remaja sekarang adalah bermain permainan video, melayari internet, bersosial
seperti melepak, merempit dan lain-lain. Yang paling ketara, remaja zaman
sekarang tidak boleh berenggang dengan telefon bimbit. Bagi mereka, telefon
bimbit seperti nyawa mereka. Yang merisaukan adalah cara penggunaan gadjet.
Daripada penggunaan telefon bimbit dan internet yang berterusan, mereka
terdedah dengan perkongsian lucah dan benda yang tidak senonoh. Terdapat banyak
aplikasi masa kini yang memberi pautan dan laman web tidak elok. Akibat
daripada penyalahgunaan gadjet ini, remaja yang teransang dengan fikiran yang
tidak senonoh dan perangai yang kurang menghormati orang lain terutama wanita.
Fikiran yang kotor boleh membawa mereka kepada hubungan kaum sejenis, rogol dan
liwat.
Remaja penuh dengan sifat ingin tahu dan suka mencuba benda baru. Kebanyakkan
remaja lebih suka berkongsi dengan kawan sama umur atau yang memahami keadaan
diri mereka. Akan tetapi, jika salah memilih rakan, ia juga boleh membawa
padah. Kawan yang mempunyai aura negatif, boleh menyebabkan terjerumusnya
kepada dadah, arak dan lain-lain. Kes seperti ini sering terjadi dikalangan
remaja yang belajar jauh dari keluarga dan tidak biasa dengan suasana baru. Ini
boleh menyebabkan remaja-remaja mengalami kejutan budaya di tempat baru. Bila remaja-remaja
ini sudah terjebak, mereka berasa seronok. Mereka menggunakan alasan bahawa
jauh dari keluarga dan kawan adalah teman untuk berseronok. Tambahan pula,
berkenalan dengan berlainan jantina juga adalah salah satu hiburan buat remaja
zaman sekarang. Budaya bercouple makin berleluasa dikalangan remaja bagi
menghilangkan sunyi dan membuat teman keluar. Melihat rakan mempunyai pasangan,
kita pun ingin mencuba. Budaya seperti ini boleh membawa kepada zina. Daripada
budaya ini, kita banyak mendengar kes-kes pembuangan bayi di media massa sama
ada media cetak mahupun media elektronik.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
MUKA HADAPAN
DUA 6022 PENYIARAN DAN KOMUNIKASI DALAM ISLAM TAJUK: PUNCA-PUNCA HIBURAN MELAMPAU DAN CARA PENYELESAIANNYA KELAS: DIPLOMA T...
-
http://danialatifnasiren.blogspot.my/2012/06/ustaz-azizan-mengaku-disko-baru.html http://www.sinarharian.com.my/semasa/isu-k-pop-kerajaan-...
-
Keruntuhan akhlak remaja zaman ini boleh berpunca daripada salahnya cara ibu bapa mendidik mereka daripada kecil. Jika dibesarkan dengan kur...
-
Dalam kajian kami mencari kesan tiada kEsan baik yang kami temui. Antara kesan yang kurang baik ialah : 1. S ikap pentingkan ke...
bagus artikelnya tentang apa arti hiburan, semoga dapat bermanfaat bagi siaa saja yg membacanya. bagi saya menambah ilmu juga
ReplyDelete