Remaja
kita tidak mementingkan perihal tentang menghormati ibubapa, guru dan
golongan yang lebih tua daripada mereka, tentang belajar, bekerja dan
lain-lain lagi. Mereka hanya mementingkan keseronokan daripada semua
itu, mereka merasakan diri mereka seperti kurang bermakna jika tiada
keseronokan dalam hidup dan memilih hiburan melampau.
Biasanya,
remaja adalah mereka yang berada dalam lingkungan umur belasan tahun.
Secara amnya, golongan remaja berumur antara 11 hingga 19 tahun. Jika
kita perasan, dalam linkungan umur inilah ramai remaja kita yang
menghadapi pelbagai masalah. Remaja kini bukanlah golongan yang pandai
berdikari seperti remaja zaman dahulu, malahan mereka seperti bayi yang
perlu dijaga seperti menatang minyak yang penuh.
Kini
negara kita mengalami pelbagai masalah yang melibatkan golongan remaja,
bahkan isu ini sudah menjadi perkara biasa bagi masyarakat negara kita.
Mereka sering berpendapat bahawa masalah atau gejala sosial dalam
golongan remaja adalah normal bagi umur mereka yang sedang meningkat
naik. Rata-rata kita dapat melihat gejala sosial yang berlaku di seluruh
negara adalah dalam kalangan anak muda remaja.Dalam ini ibu bapa perlu
memainkan peranan yang tinggi dalam mendidik anak anak mereka supaya
menjadi jenerasi yang berguna pada masa hadapan.
Kesimpulannya, semua pihak perlu memainkan peranan yang penting dalam mengurangkan masalah hiburan melampau dari terus berleluasa. Ibu bapa juga perlu memberikan penekanan dalam aspek keagamaan untuk mendidik anak-anak supaya tidak terus terjerumus dalam hiburan melampau. Ibu bapa juga harus memberikan kasih sayang yang secukupnya agar anak-anak tidak terasa disisihkan.

No comments:
Post a Comment