Antara matlamat utama manusia ini
dicipta oleh Allah SWT adalah untuk mengabdikan diri kepada Nya
seperti yang
firmankan oleh Allah dalam surah Az Zariyyat ayat 56 yang bermaksud :
“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.”
Maka menjadi tanggungjawab kita untuk menjadikan setiap aktiviti kita termasuk berhibur sentiasa berada di dalam ruang lingkup beribadah kepada Allah SWT.
Kebelakangan ini terlalu banyak diperkatakan isu yang
berkaitan dengan masalah sosial yang melibatkan remaja. Perlakuan sosial yang
negatif tidak seharusnya merupakan satu petunjuk ke atas kelemahan masyarakat
untuk membudayakan pembangunan secara positif yang berteraskan prinsip dan
nilai-nilai murni kemanusian serta agama.
Justeru kita lihat,
keruntuhan akhlak dikalangan remaja sebagai tunggak masa hadapan negara kini
semakin meningkat. Gejala sosial semakin berleluasa, keselamatan benda awan
terjejas, kesejahteraan umat juga tidak terkawal. Secara terperincinya,
pelbagai faktor yang menyebabkan kekurangan moral dan keruntuhan akhlak
dikalangan remaja, salah satunya adalah disebabkan “hiburan yang melampau”.Hal
ini boleh digambarkan dengan pelbagai adegan yang berlaku pada masyarakat kita
hari ini.
No comments:
Post a Comment